(Dilencongkan daripada 6 Desember)
| << | Disember | >> | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 10 | 11 | 12 | ||||
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
| 2026 | ||||||
6 Disember merupakan hari ke-340 (hari ke-341 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 25 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Finland (1917)
- Hari Perlembagaan di Sepanyol.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1534 – Lebih 200 peneroka Sepanyol yang diketuai konkuistador Sebastián de Belalcázar mengasaskan bandar Quito, Ecuador.
- 1768 - Edisi mingguan pertama Ensiklopedia Britannica diterbitkan, di Edinburgh, Scotland.
- 1865 - Perhambaan di Amerika Syarikat dihapuskan apabila Pindaan Ketiga Belas kepada Perlembagaan diterimaguna.
- 1917 - Sebuah kapal di Pelabuhan Halifax yang membawa trinitrotoluen (TNT) dan asid pikrik terbakar dan meletup selepas berlanggar dengan sebuah kapal lain, dan memusnahkan Halifax, Nova Scotia, Kanada.
- 1922 - Negara Bebas Ireland diwujudkan tepat setahun selepas pemeteraian Perjanjian Inggeris-Ireland.
- 1957 - Projek Vanguard: Percubaan melancarkan satelit Amerika Syarikat yang pertama gagal dengan letupan (gambar) di landas pelancaran di Cape Canaveral.
- 1989 - Marc Lepine membunuh 14 orang wanita dalam pembunuhan beramai-ramai Ecole Polytechnique di Montreal.
- 1992 - Masjid Babri (gambar) di Ayodhya dirobohkan oleh anggota Vishva Hindu Parishad dan kumpulan lain, yang mendakwa ia dibina di atas tempat kelahiran Rama.
- 2008 - Tragedi tanah runtuh berlaku di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor, Malaysia.
- 2011 - Selepas 541 hari rundingan, kerajaan baharu Belgium mengangkat sumpah, dengan Elio Di Rupo sebagai Perdana Menteri.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1992 - Mohd Khairul Hazwan Wahab, pelumba berbasikal trek Malaysia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1990 - Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama
- 2005 - Devan Nair, Presiden Singapura ke-3
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=6_Disember&oldid=6810282"
