VOOZH about

URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Atalanta_BC

⇱ Atalanta B.C. - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


Pergi ke kandungan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Atalanta BC)
Atalanta
πŸ‘ Image
Nama penuhAtalanta Bergamasca
Calcio S.p.A.
GelaranLa Dea (The Goddess)
Gli Orobici (The Orobics)
I Nerazzurri (The Black and Blues)
Diasaskan17 Oktober 1907; 118 tahun yang lalu (1907-10-17) sebagai SBG Atalanta
30 Mac 1920; 106 tahun yang lalu (1920-03-30) sebagai Atalanta Bergamasca Calcio
StadiumStadio Atleti Azzurri d'Italia,
Bergamo, Itali
(Kapasiti: 24,950)
PemilikLa Dea S.r.l.
PresidenAntonio Percassi
PengurusGian Piero Gasperini
LigaSerie A
2023–24Serie A, ke-4 daripada 20
Tapak sesawangLaman kelab

Atalanta Bergamasca Calcio, juga dikenali sebagai Atalanta, ialah sebuah kelab bola sepak profesional yang berpangkalan di Bergamo, Lombardy, Itali, yang bersaing dalam Serie A, peringkat teratas sistem liga Itali.

Ditubuhkan pada 1907, Atalanta memegang rekod bermain paling banyak musim Serie A (63) tanpa berpangkalan di daerah Itali dan tanpa memenangi kejuaraan liga. Tambahan pula, kelab itu juga memegang rekod untuk kebanyakan promosi ke Serie A dan gelaran Serie B yang paling banyak, bersama Genoa.

Atalanta memenangi Coppa Italia pada 1963 dan Liga Europa UEFA pada 2023–24. Kelab itu layak ke Liga Juara-Juara UEFA empat kali, mara ke suku akhir pada 2020, dan mengambil bahagian dalam enam musim Liga Europa UEFA (sebelum ini dikenali sebagai Piala UEFA). Atalanta juga mara ke separuh akhir Piala Pemenang UEFA pada 1988, ketika ia bertanding di Serie B. Ini masih merupakan persembahan terbaik bersama yang pernah dilakukan oleh kelab bukan divisyen satu dalam pertandingan utama UEFA.

Kelab ini bermain di tempat sendiri di Stadium Gewiss dan warna kit utamanya adalah hitam dan biru. Atalanta mempunyai saingan lama dengan kelab berdekatan Brescia. Kelab ini juga terkenal dengan akademi remaja, yang telah melahirkan beberapa bakat terkenal yang pernah bermain di liga teratas Eropah.

Atalanta ditubuhkan pada tahun 1907 manakala kelab bola sepak lain telahpun ditubuhkan di Bergamo sejak 1904. Kelab ini ditubuhkan oleh imigran kaya Swiss, ia dikenali sebagai FC Bergamo. Pesaing Atalanta mula semakin berkembang apabila keluar dari divisyen antara sukan di kota itu. Nama "Atalanta" ini diambil daripada atlet wanita di dalam mitologi Yunani. Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) belum yakin akan kelab baru ini dan secara rasminya FIGC tidak mengakui Atalanta secara rasmi sehingga 1914. Kelab Atalanta kini merupakan pergabungan antara Atalanta dan pasukan ketiga yang dipanggil Bergamasca. Pada mulanya, warna biru dan hitam dan jersi kedua kelab, warna biru dan putih dipilih sebagai warna bagi kelab baru ini yang dinamakan Atalanta Bergamasca di Ginnastica e Scherma 1907 pada tahun 1924. Pasukan ini berpindah ke tapak gelanggang mereka yang gunakan hingga sekarang, Viale Giulio Cesare pada tahun 1928.

Atalanta sertai liga Itali pada 1929 dan melangkah ke Serie A pada tahun 1937 tetapi tersingkir selepas hanya melalui satu musim. Atalanta kemudian kembali ke divisyen pertama pada tahun 1940 dan kekal di situ sehingga tahun 1959 sebelum disingkirkan. Selepas hanya menghuni satu musim di Serie B, kelab ini memperoleh kenaikan dan kekal di situ buat empat dekad sebelum tersingkir buat kali ketiga dalam sejarahnya pada tahun 1973 yang membawa kepada tempoh tidak menentu, prestasi turun naik antara dua divisyen itu.

πŸ‘ Image
Pasukan Atalanta pada musim 1913-14.

Kelab ini mencatat kedudukan tertingginya di Serie A pada tahun 1948 apabila menduduki tempat kelima liga. Pada tahun 1981, Atalanta jatuh ke Serie C1, satu tamparan besar buat kelab. Namun, mereka berjaya kembali semula ke Serie B dan ke Serie A pada tahun 1984. Prestasi Atalanta di Serie A tidak menentu apabila tidak berjaya mengelakkan zon penyingkiran pada tahun 1987, 1994, 1998, 2003, 2005 dan 2010. Selepas penukaran pemilik pada 2011, Atalanta dengan pantasnya kembali ke Serie A dan sejak itu, ia berjaya menghuni divisyen itu hingga kini.

Dalam terma kejuaraan trofi, mereka telah merangkul piala domestik Itali, Coppa Italia pada 1963 selain kelab ini juga berjaya mara ke peringkat jauh di kejohanan-kejohanan Eropah. Wakil Wales, Merthyr Tydfil mengecewakan Atalanta 2-1 pada perlawanan pertama yang berlangsung di Penydarren Park pada saingan Piala Pemenang Eropah 1987–88. Selepas Atalanta menang perlawanan timbang balik, 2-0 di Bergamo, Atalanta mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada pemenang pada edisi itu, Mechelen dari Belgium. Kemaraan Atalanta ke peringkat separuh akhir membuatkan kelab ini salah satu daripada dua kelab yang melangkah ke pusingan jauh sebegini ketika bermain di selain divisyen teratas liga. Anehnya, satu lagi pasukan yang mampu berbuat demikian ialah pasukan satu negara Merthyr Tydfil, Cardiff City.

Atalanta melangkah ke peringkat suku akhir Piala UEFA pada musim 1990-91 sebelum tewas kepada pasukan dari satu liga yang sama, Internazionale, yang akhirnya menjadi juara kejohanan itu dengan menumpaskan Roma pada aksi final. Selepas tahun 1991, Atalanta tidak pernah beraksi di kejohanan Eropah walaupun menolak peluang untuk beraksi di Piala Intertoto UEFA pada 2001 selepas menamatkan musim di tempat ketujuh di Serie A dan tempat Atalanta diambil oleh pesaing tradisi, Brescia yang tewas pada perlawanan akhir menentang kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain.

Pada tahun-tahun kini, kelab ini disingkirkan ke divisyen dua selepas musim 2002–03, 2004–05 dan 2009–10 tetapi memperoleh kenaikan ke Serie A selepas hanya satu musim "bermukim" di Serie B pada setiap kali.

Pada musim 2011–12, Atalanta dipotong enam mata di kedudukan liga oleh kerana skandal bola sepak. Meskipun demikian, kelab ini mampu memperoleh 52 mata dalam 38 perlawanan (rekod kelab). Pada tahun berikutnya dengan alasan yang sama, Atalanta dipotong dua mata tetapi berjaya mengelakkan penyingkiran dengan menghuni tempat ke-15 dalam carta kedudukan liga. Pada musim 2013–14, Atalanta menikmati kempen cemerlangnya dengan menduduki tempat kesebelas pada hari terakhir musim.

Atalanta tetap bersungguh-sungguh beraksi pada musim 2014–15 walaupun beberapa keputusan menarik. Pada permulaan musim, pengurus Stefano Colantuono menyerahkan masa depannya kepada kelab. Pada 4 Mac 2015, beliau dipecat selepas prestasi hambar dengan meninggalkan Atalanta sekadar tiga mata di atas zon penyingkiran. Beliau digantikan oleh Edoardo Reja, yang mengemudi kelab buat musim 2015–16, yang mana Atalanta menamatkan musim di tempat ke-13.

Peminat dan pesaing

[sunting | sunting sumber]
Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki bahagian ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. (March 2010) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)

Penyokong-penyokong Atalanta dilihat sangat setia dengan kelab mereka. Ketika Atalanta beraksi di Atleti Azzurri d'Italia, penyokong menyanyikan lagu Curva Nord (North Curve) untuk menggalakkan pasukan mereka beraksi dengan semangat di atas padang.

Pesaing terbesar di kalangan peminat ialah dengan kelab Brescia[1] dan dengan peminat-peminat Verona, Genoa, Fiorentina, Roma, Lazio, Napoli, Milan, Internazionale dan Torino. Selain itu, ia juga mempunyai hubungan rapat yang berpanjangan dengan kelab Ternana, peminat dari kelab Bundesliga, Eintracht Frankfurt, peminat dari kelab Wacker Innsbruck dan Silver Tassie yang kedua-duannya kelab Austria.

Dalam satu perlawanan, peminat Atalanta memaparkan bendera gergasi biru dan hitam yang dipanggil BandierΓΉ yang menghiasi tempat duduk Curva Nord.

πŸ‘ Image
Gianpaolo Bellini, memulakan kariernya di Atalanta sehinggalah beliau menggantung but di kelab yang sama.

Selama bertahun-tahun, Atalanta telah memperoleh reputasi sebagai pasukan "pembantu" dalam liga, kebanyakannya disebabkan oleh dasar belia sangat terkenal dan membolehkan kelab itu untuk menghasilkan beberapa pemain berpotensi yang pergi ke kelab yang lebih besar. Kelab ini melancarkan (atau melancarkan semula) karier ramai pemain walaupun pembelian atau peminjaman, pemain yang menjadi pemain Atalanta akan membangun dan berkembang sebelum berpindah. Sama seperti pemain-pemain ini, Andrea Consigli, Daniele Baselli, Giacomo Bonaventura, Roberto Donadoni, Massimo Donati, Fabrizio Ferron, Sergio Floccari, Maurizio Ganz, Filippo Inzaghi, Paolo Montero, Sergio Porrini, Giuseppe Savoldi, Marco Sportiello, Alessio Tacchinardi, Christian Vieri dan Davide Zappacosta manakala pemain-pemain Atalanta seperti GermΓ‘n Denis dan Gianluigi Lentini memilih untuk menggantung but karier sewaktu masih menjadi pemain Atalanta.

Kelab remaja Atalanta juga membentuk pemain yang setia kepada kelab, Gianpaolo Bellini. Pemain pertahanan tersebut muncul dari pasukan remaja dan membuat debut dengan pasukan senior di Serie B pada 11 April 1999 dan sejak itu, beliau masih lagi menjadi pemain pilihan pertama pasukan dan menjawat sebagai kapten pasukan. Baru-baru ini, beliau mengumumkan kariernyya akan tamat apabila musim 2015–16 lengkap pada penghujungnya. Ini bermakna kariernya hanya untuk Atalanta dari remaja hingga ke persaraan.

Skuad semasa

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 15 February 2024[2]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK πŸ‘ Argentina
Juan Musso
2 DF πŸ‘ Itali
Rafael TolΓ³i (kapten)
3 MF πŸ‘ Sweden
Emil Holm (pinjaman daripada Spezia)
4 DF πŸ‘ Sweden
Isak Hien
6 DF πŸ‘ Argentina
JosΓ© Luis Palomino
7 MF πŸ‘ Belanda
Teun Koopmeiners
8 MF πŸ‘ Croatia
Mario Paőalić
10 FW πŸ‘ Mali
El Bilal TourΓ©
11 FW πŸ‘ Nigeria
Ademola Lookman
13 MF πŸ‘ Brazil
Γ‰derson
15 MF πŸ‘ Belanda
Marten de Roon (Naib kapten)
17 FW πŸ‘ Belgium
Charles De Ketelaere (pinjaman daripada AC Milan)
No. Pos. Negara Pemain
19 DF πŸ‘ Albania
Berat Djimsiti (Naib kapten)
20 MF πŸ‘ Belanda
Mitchel Bakker
22 MF πŸ‘ Itali
Matteo Ruggeri
23 DF πŸ‘ Bosnia dan Herzegovina
Sead KolaΕ‘inac
25 MF πŸ‘ Perancis
Michel Ndary Adopo
29 GK πŸ‘ Itali
Marco Carnesecchi
31 GK πŸ‘ Itali
Francesco Rossi
33 MF πŸ‘ Belanda
Hans Hateboer
42 DF πŸ‘ Itali
Giorgio Scalvini
59 FW πŸ‘ Rusia
Aleksei Miranchuk
77 MF πŸ‘ Itali
Davide Zappacosta
90 FW πŸ‘ Itali
Gianluca Scamacca

Nombor bersara

[sunting | sunting sumber]

 β€“ Dedikasi kepada peminat, terutamanya untuk Pisani Curve
 β€“ πŸ‘ Itali
Federico Pisani, Penyerang (1991–97) β€“ penghargaan selepas meninggal.
 β€“ Elio Corbani, wartawan radio.

Senarai presiden

[sunting | sunting sumber]

Atalanta telah mempunyai beberapa presiden dalam sejarah. Sesetengahnya adalah pemegang utama kelab manakala lain-lain hanyalah presiden kehormat sahaja. Presiden lepas, Ivan Ruggeri yang melepaskan tugasnya kerana diserang strok pada Januri 2008 dan digantikan oleh anak lelakinya, Alessandro yang diumumkan sebagai Presiden Atalanta baru pada September 2008. Bapanyya, tidak mampu menguruskan kelab kerana menghidap strok. Pada Jun 2010, selepas Atalanta tersingkir ke Serie B, Alessandro Ruggeri menjual semua pegangannya ke atas Atalanta kepada Antonio Percassi, yang menjadi Presiden Atalanta baharu sehingga kini.[3]

Nama Tempoh
Enrico Luchsinger 1920–21
Antonio Gambirasi 1926–28
Pietro Capoferri 1928–30
Antonio Pesenti 1930–32
Emilio Santi 1932–35
Lamberto Sala 1935–38
Nardo Bertoncini 1938–44
Guerino Oprandi 1944–45
Daniele Turani 1945–64
Attilio Vicentini 1964–69
Nama Tempoh
Giacomo "Mino" Baracchi 1969–70
Achille Bortolotti 1970–74
Enzo Sensi 1974–75
Achille Bortolotti 1975–80
Cesare Bortolotti 1980–90
Achille Bortolotti 1990
Antonio Percassi 1990–94
Ivan Ruggeri 1994–08
Alessandro Ruggeri 2008–10
Antonio Percassi 2010–

Senarai pengurus kelab

[sunting | sunting sumber]

Atalanta mempunyai ramai jurulatih dan pengurus sepanjang sejarah. Di bawah merupakan kronologi senarai pengurus kelab ketika Serie A diubah menjadi format liga dari musim 1929–30 dan seterusnya.

Nama Warganegara Tempoh
Cesare Lovati πŸ‘ Itali
1923–27
Imre Payer πŸ‘ Hungary
1927–29
Enrico Tirabassi πŸ‘ Itali
1928–29
Luigi Cevenini πŸ‘ Itali
1929–30
JΓ³zsef Viola πŸ‘ Hungary
1930–33
Imre Payer πŸ‘ Hungary
1933
Angelo Mattea πŸ‘ Itali
1933–35
Imre Payer πŸ‘ Hungary
1935–36
Ottavio Barbieri πŸ‘ Itali
1936–38
GΓ©za KertΓ©sz πŸ‘ Hungary
1938–39
Ivo Fiorentini πŸ‘ Itali
1939–41
JΓ‘nos Nehadoma πŸ‘ Hungary
1941–46
Giuseppe Meazza πŸ‘ Itali
1946
Luis Monti πŸ‘ Itali
1946
Ivo Fiorentini πŸ‘ Itali
1946–49
Alberto Citterio
Carlo Carcano
πŸ‘ Itali

πŸ‘ Itali
1949
Giovanni Varglien πŸ‘ Itali
1949–51
Denis Charles Neville πŸ‘ England
1951–52
Carlo Ceresoli πŸ‘ Itali
1952
Luigi Ferrero πŸ‘ Itali
1952–54
Francesco Simonetti
Luigi Tentorio
πŸ‘ Itali

πŸ‘ Itali
1954
Luigi Bonizzoni πŸ‘ Itali
1954–57
Nama Warganegara Tempoh
Carlo Rigotti πŸ‘ Itali
1957–58
Giuseppe Bonomi πŸ‘ Itali
1958
Karl Adamek πŸ‘ Austria
1958–59
Ferruccio Valcareggi πŸ‘ Itali
1959–62
Paolo Tabanelli πŸ‘ Itali
1962–63
Carlo Alberto Quario πŸ‘ Itali
1963–64
Carlo Ceresoli πŸ‘ Itali
1964
HΓ©ctor Puricelli πŸ‘ Uruguay
1965–66
Stefano Angeleri πŸ‘ Itali
1966–67
Paolo Tabanelli πŸ‘ Itali
1967–68
Stefano Angeleri πŸ‘ Itali
1968–69
Silvano Moro πŸ‘ Itali
1969
Carlo Ceresoli πŸ‘ Itali
1969
Corrado Viciani πŸ‘ Itali
1969–70
Renato Gei πŸ‘ Itali
1970
Giovan Battista Rota πŸ‘ Itali
1970
Giulio Corsini πŸ‘ Itali
1970–74
Heriberto Herrera Udrizar πŸ‘ Paraguay
1974–75
Angelo Piccioli πŸ‘ Itali
1975
Giancarlo CadΓ¨ πŸ‘ Itali
1975–76
Gianfranco Leoncini πŸ‘ Itali
1976
Giovan Battista Rota πŸ‘ Itali
1976–80
Bruno Bolchi πŸ‘ Itali
1980–81
Giulio Corsini πŸ‘ Itali
1981
Nama Warganegara Tempoh
Ottavio Bianchi πŸ‘ Itali
1981 β€“ 30 June 1983
Nedo Sonetti πŸ‘ Itali
1 Julai 1983 β€“ 30 Jun 1987
Emiliano Mondonico πŸ‘ Itali
1 Julai 1987 β€“ 30 Jun 1990
Pierluigi Frosio πŸ‘ Itali
1990–91
Bruno Giorgi πŸ‘ Itali
1991–92
Marcello Lippi πŸ‘ Itali
1 Julai 1992 β€“ 30 Jun 1993
Francesco Guidolin πŸ‘ Itali
1 Julai 1993 β€“ 30 Sept 1993
Andrea Valdinoci
Cesare Prandelli
πŸ‘ Itali

πŸ‘ Itali
1 Nov 1993 β€“ 30 Jun 1994
Emiliano Mondonico πŸ‘ Itali
1 Julai 1994 β€“ 30 Jun 1998
Bortolo Mutti πŸ‘ Itali
1 Julai 1998 β€“ 30 Jun 1999
Giovanni Vavassori πŸ‘ Itali
1 Julai 1999 β€“ 30 Nov 2002
Giancarlo Finardi πŸ‘ Itali
1 Dis 2002 β€“ 30 Jun 2003
Andrea Mandorlini πŸ‘ Itali
1 Julai 2003–05
Delio Rossi πŸ‘ Itali
6 Dis 2004 β€“ 30 Jun 2005
Stefano Colantuono πŸ‘ Itali
1 Julai 2005 β€“ 30 Jun 2007
Luigi Delneri πŸ‘ Itali
1 Julai 2007 β€“ 30 Jun 2009
Angelo Gregucci πŸ‘ Itali
1 Julai 2009 β€“ 21 Sept 2009
Antonio Conte πŸ‘ Itali
21 Sept 2009 β€“ 7 Jan 2010
Valter Bonacina (interim) πŸ‘ Itali
7 Jan 2010 β€“ 10 Jan 2010
Bortolo Mutti πŸ‘ Itali
11 Jan 2010 β€“ 10 Jun 2010
Stefano Colantuono πŸ‘ Itali
14 Jun 2010 β€“ 4 Mac 2015
Edoardo Reja πŸ‘ Itali
4 Mac 2015 β€“ 14 Jun 2016
Gian Piero Gasperini πŸ‘ Itali
14 Jun 2016 β€“
πŸ‘ Image
Pemain-pemain Atalanta menyambut dan meraikan kejayaan selaku juara Serie B buat musim 2010-11.
  1. ^ "Italy". footballderbies.com.
  2. ^ "Rosa". atalanta.it. Atalanta BC. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 February 2023. Dicapai pada 10 September 2020.
  3. ^ name=Ruggeri-Percassi

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]