VOOZH about

URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Bawang

⇱ Bawang - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


Pergi ke kandungan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bawang
👁 Image
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Allium (Bawang)
Spesies:
Allium sp.
Nama binomial
Allium sp.

Bawang (Jawi: باوڠ) ialah suatu sayur dalam genus monokotiledon tumbuhan berbunga Allium. Genus ini mengandungi ratusan spesies dan telah dituai sepanjang sejarah manusia, namun hanya belasan yang masih penting secara eknonomi hari ini sebagai tanaman sayur. Sebahagian yang lain pula dijadikan pokok hiasan.[1][2]

Saudara terdekatnya termasuk bawang putih, daun bawang, lik,[1] dan bawang cina.[3]

Nama saintifik bawang ialah Allium sp. iaitu perkataan Latin bagi bawang putih[4] dikatakan datang daripada bahasa Greek αλεω, "elak", kerana baunya yang busuk.[1] Bawang merupakan umbisi pokok yang tertanam dalam tanah. Bagaimanapun bawang berbeza dengan ubi-ubi lain disebabkan bawang terbentuk daripada lapisan-lapisan daun yang berpadu membentuk bawang.

Jenis bawang جنيس باوڠ

[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai jenis bawang seperti berikut :-

Kegunaan كڬوناءن

[sunting | sunting sumber]

Bawang kerap digunakan sebagai bahan masakan kerana bahagiannya yang berbeza-beza menghasilkan rasa dan tekstur yang berbagai-bagai sama ada dimasak ataupun mentah. Kebiasaannya, bawang diperlukan bagi menambah rasa, menaikkan aroma masakan atau dijadikan sebagai hiasan hidangan. Bawang putih acap kali dijerukkan untuk dijadikan sebagai kudapan. Bagi kucai pula, hanya daunnya sahaja yang dituai manakala bawangnya dibiarkan di dalam tanah supaya daunnya dapat tumbuh semula. Bawang besar sering kali digunakan sebagai rempah. Selain itu, bawang besar juga dipotong mengikut bentuk seperti cincin lalu digoreng dengan tepung untuk dijadikan sebagai kudapan bersama mi goreng.

Tanaman hiasan

[sunting | sunting sumber]

Sesetengah jenis bawang yang memekarkan bunga yang cantik dan memiliki warna yang pelbagai sering dijadikan sebagai tanaman hiasan.

Bawang selalu digunakan untuk masakan.

Lihat juga ليهت جوݢ

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar ڤاؤتن لوار

[sunting | sunting sumber]


Rujukan روجوعن

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c Block, E. (2010). Garlic and Other Alliums: The Lore and the Science. Royal Society of Chemistry. ISBN 978-0-85404-190-9. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Block2010" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Dilys Davies (1992). Alliums: The Ornamental Onions. Timber Press. ISBN 0-88192-241-2.
  3. ^ "AllergyNet — Allergy Advisor Find". Allallergy.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2010. Dicapai pada 14 April 2010.
  4. ^ Umberto Quattrocchi. 2000. CRC World Dictionary of Plant Names Jilid I, m/s. 91. CRC Press: Boca Raton; New York; Washington,DC;, USA. London, UK. ISBN 978-0-8493-2673-8 (set)