|
π Image Kane bersama England di Piala Dunia FIFA 2018 | |||
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Harry Edward Kane[1] | ||
| Tarikh lahir | (1993-07-28) 28 Julai 1993 (umur 32)[1] | ||
| Tempat lahir | Walthamstow, England | ||
| Ketinggian | 1.88 m (6 ka 2 in)[2] | ||
| Posisi permainan | Penyerang | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Bayern Munich | ||
| Nombor | 9 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 1999β2001 | Ridgeway Rovers | ||
| 2001β2002 | Arsenal | ||
| 2002β2004 | Ridgeway Rovers | ||
| 2004 | Watford | ||
| 2004β2009 | Tottenham Hotspur | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 2009β2023 | Tottenham Hotspur | 317 | (213) |
| 2011 | β Leyton Orient (pinjam) | 18 | (5) |
| 2012 | β Millwall (pinjam) | 22 | (7) |
| 2012β2013 | β Norwich City (pinjam) | 3 | (0) |
| 2013 | β Leicester City (pinjam) | 13 | (2) |
| 2023β | Bayern Munich | 47 | (45) |
| Pasukan kebangsaanβ‘ | |||
| 2010 | England B17 | 3 | (2) |
| 2010β2012 | England B19 | 14 | (6) |
| 2013 | England B20 | 3 | (1) |
| 2013β2015 | England B21 | 14 | (8) |
| 2015β | England | 98 | (66) |
|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15:24, 23 September 2023 (UTC) β‘ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22:18, 12 September 2023 (UTC) | |||
Harry Edward Kane (lahir 28 Julai 1993) ialah seorang pemain bola sepak profesional England yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Bundesliga, Bayern Munich dan pasukan kebangsaan England.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Tottenham Hotspur
[sunting | sunting sumber]Musim 2010β11
[sunting | sunting sumber]Pada 7 Januari 2011, Kane berpindah ke Leyton Orient secara pinjaman sehingga akhir musim 2010β11.[3] Dia membuat penampilan senior pertamanya untuk Orient pada 15 Januari ketika seri 1β1 dengan Rochdale.[4] Seminggu kemudian, Kane menjaringkan gol senior pertamanya ketika menentang Sheffield Wednesday dimana Orient menang 4β0.[5] Pada 12 Februari, dia menjaringkan dua gol ketika mereka menang 4β1 ke atas Bristol Rovers.[6] Dia mengakhiri musim ini dengan menjaringkan lima gol dalam 18 perlawanan.
Musim 2011β12
[sunting | sunting sumber]Pada 25 Ogos 2011, Kane membuat penampilan pertamanya untuk Tottenham Hotspur di dalam pusingan kelayakan Liga Europa menentang Hearts. Dia kemudiannya membuat enam penampilan di dalam Liga Europa musim ini dan menjaringkan gol Tottenham pertamanya ketika mereka menang 4β0 ke atas Shamrock Rovers pada 15 Disember.[7]
Pada 29 Disember, Kane dan Ryan Mason bersetuju untuk menyertai kelab Championship, Millwall secara pinjaman bermula 1 Januari 2012 sehingga akhir musim.[8] Dia menjaringkan tujuh gol dalam 14 perlawanan terakhir musim itu. Kane menjaringkan sembilan gol dalam 27 perlawanan dan dinamakan sebagai Pemain Muda Terbaik Millwall Musim 2011β12.[9]
Musim 2012β13
[sunting | sunting sumber]Kane menghabiskan pra-musim bersama Tottenham di mana dia menjaringkan gol hatrik ketika kemenangan 6β0 ke atas Southend United pada 10 Ogos.[10] Pada 18 Ogos, dia membuat penampilan pertamanya di dalam Liga Perdana Inggeris ketika menentang Newcastle United.[11] Pada 31 Ogos 2012, Kane menyertai Norwich City secara pinjaman semusim dan membuat penampilan liga pertamanya ketika menentang West Ham United.[12] Kane mengalami kecederaan dalam perlawanan Piala Liga menentang Doncaster Rovers.[13] Kane menjalani pemulihan di Tottenham tetapi kembali beraksi untuk Norwich pada 29 Disember. Spurs memanggil semula Kane pada 1 Februari 2013.[14]
Dua puluh hari selepas dipanggil kembali ke Tottenham, ia telah diumumkan bahawa Kane akan menyertai Leicester City untuk baki musim.[15] Dia membuat penampilan pertamanya di tempat sendiri dan menjaringkan gol ketika menentang Blackburn Rovers dimana mereka menang 3β0 pada 26 Februari.[16] Dia membuat 13 penampilan untuk kelab itu dan mereka layak ke separuh akhir play-off sebelum disingkirkan oleh Watford.[17]
Musim 2013β14
[sunting | sunting sumber]Kane menjaringkan gol Tottenham pertamanya di White Hart Lane dalam perlawanan Piala Liga menentang Hull City yang berkesudahan dengan keputusan seri 2β2.[18] Tottenham berjaya menang 8β7 menerusi penentuan penalti.[18]
Pada 7 April 2014, Kane bermain dalam kesebelasan utama buat pertama kali di dalam Liga Perdana Inggeris untuk Tottenham ketika mereka menang 5β1 ke atas Sunderland dan menjaringkan gol liga pertamanya pada minit ke-59.[19] Dia juga menjaringkan gol dalam perlawanan seterusnya, membantu Tottenham untuk seri 3-3 dengan West Brom.[20] Dia menjaringkan gol untuk tiga perlawanan berturut-turut pada 19 April, kali ini membantu Tottenham menang 3β1 ke atas Fulham.[21]
Musim 2014β15
[sunting | sunting sumber]Kane membuat penampilan pertamanya musim ini ketika menentang West Ham United dan membuat bantuan gol kepada Eric Dier.[22]
Dia menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan menentang AEL Limassol di dalam perlawanan play-off Liga Europa.[23] Dia menjaringkan gol ketika menentang Nottingham Forest di dalam Piala Liga dimana mereka menang 3-1 pada 24 September.[24] Pada 23 Oktober, Kane menjaringkan gol hatrik pertamanya untuk Tottenham ketika mereka menang 5β1 ke atas Asteras Tripoli di dalam peringkat kumpulan Liga Europa.[25]
Di masuk sebagai pemain gantian ketika Tottenham menang 2β1 ke atas Aston Villa pada 2 November dan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90.[26] Dia sekali lagi menjaringkan gol ketika Tottenham menang 2β1 ke atas Hull City.[26] Pada 1 Januari 2015, Kane menjaringkan dua gol ketika Tottenham mengalahkan Chelsea 5β3,[27] dan menjaringkan dua lagi gol ketika menang 3β0 ke atas West Bromwich Albion pada 31 Januari.[28] Kane membuat bantuan gol kepada Christian Eriksen ketika menentang Sheffield United pada 28 Januari, gol yang meletakkan Tottenham dalam perlawanan akhir Piala Liga 2015.[29] Dia dinamakan sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris untuk bulan Januari.[30]
Pada 2 Februari, dia menandatangani kontrak baru selama lima tahun setengah bersama Tottenham.[31] Lima hari kemudian, dia menjaringkan dua gol ketika mereka mengalahkan Arsenal.[32] Selepas menjaringkan gol menentang Arsenal, Liverpool dan West Ham United, Kane sekali lagi dinamakan sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris untuk bulan Februari,[33] Pada 21 Mac, Kane menjaringkan gol hatrik pertamanya di dalam Liga Perdana Inggeris ketika mereka menang 4β3 ke atas Leicester City.[34]
Pada 5 April, Kane menjadi kapten Tottenham buat pertama kali ketika seri dengan Burnley di Turf Moor.[35] Dua minggu kemudian, dia menjaringkan gol keβ30nya musim ini ketika mereka menang 3β1 ke atas Newcastle United.[36] Kemudiannya pada bulan itu, dia disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua penyerang dalam Pasukan Terbaik Tahunan PFA bersama-sama Diego Costa.[37] Dia juga diundi sebagai Pemain Muda Terbaik Tahunan PFA.[38] Pada 24 Mei, dia menjaringkan gol ketika mereka menang ke atas Everton untuk mengesahkan tempat kelima Tottenham di dalam liga. Ia merupakan gol keβ21nya dalam musim ini.[39]
Musim 2015β16
[sunting | sunting sumber]Nombor skuad Kane ditukar daripada 18 kepada 10 yang sebelum ini dipakai oleh Emmanuel Adebayor. Selepas 748 minit tanpa jaringan, dia menjaringkan gol pertamanya dalam musim ini pada 26 September 2015 ketika Tottenham menewaskan Manchester City 4β1.[40] Lapan hari kemudian, dia menjaringkan gol sendiri ketika menentang Swansea City dimana mereka seri 2β2.[41] Pada 25 Oktober 2015, Kane menjaringkan gol hatrik untuk membantu Tottenham menang 5β1 ke atas Bournemouth di Dean Court.[42] Lapan hari kemudian, dia menjaringkan gol kelimanya musim ini ketika kemenangan 3β1 ke atas Aston Villa.[43] Pada 8 November 2015, dia menjaringkan gol ketika menentang Arsenal di Stadium Emirates di mana mereka seri 1β1.[44] Lapan belas hari selepas itu, dia menjaringkan gol kesembilannya dalam enam perlawanan ketika menentang QarabaΔ FK untuk membantu Tottenham layak ke peringkat kalah mati Liga Europa UEFA.[45] Pada 19 Disember 2015, Kane membuat penampilan keβ100nya bersama Tottenham ketika mereka menang 2β0 ke atas Southampton. Dia juga menjaringkan gol keβ10nya dalam 10 perlawanan.[46] Seminggu kemudian, dia menjaringkan dua gol ketika kemenangan 3β0 ke atas Norwich. Dia menjaringkan 27 gol Liga Perdana Inggeris pada tahun 2015 sekaligus memecahkan rekod kelab yang dicipta oleh Sheringham.[47] Pada 10 Januari 2016, dia menjaringkan gol keβ50nya untuk Tottenham untuk mencatat keputusan seri 2β2 menentang Leicester di dalam pusingan ketiga Piala FA.[48] Kane merupakan Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris untuk kali ketiga pada bulan Mac 2016 selepas menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan. Selepas menjaringkan gol keβ22nya di dalam liga pada musim ini ketika seri 1β1 menentang Liverpool pada 2 April, Kane menjadi penjaring terbanyak kelab di dalam sesebuah musim Liga Perdana Inggeris.[49]
Kane menamatkan musim dengan memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris, hanya satu gol mengatasi Sergio AgΓΌero dan Jamie Vardy dengan 25 gol.[50] Dia dinamakan di dalam Pasukan Terbaik Tahunan PFA untuk musim kedua berturut-turut selepas membantu Tottenham menduduki tempat ketiga di dalam liga dan layak ke Liga Juara-Juara UEFA.
Musim 2016β17
[sunting | sunting sumber]Kane berperanan sebagai kapten Tottenham di dalam perlawanan pertama di tempat sendiri dalam musim 2016β17 dimana dia membuat bantuan gol kepada Victor Wanyama untuk membantu Spurs mengalahkan Crystal Palace 1β0.[51] Dia menjaringkan gol liga pertamanya untuk musim itu ketika kemenangan 4β0 ke atas Stoke City.[52]
Pada 14 September 2016, Kane membuat penampilan Liga Juara-Juara UEFA pertamanya ketika Spurs kalah 2β1 kepada Monaco di Stadium Wembley.[53] Empat hari kemudian, dia menjaringkan gol kemenangan ketika mementang Sunderland di dalam liga tetapi terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan.[54] Selepas terlepas lima perlawanan liga dan tiga perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, Kane kembali beraksi ketika menentang Arsenal pada 6 November dimana dia menjaringkan gol untuk seri 1β1.[55] Pada 22 November, dia menjaringkan gol Liga Juara-Juara pertamanya ketika menentang Monaco di Stade Louis II, sebuah perlawanan yang menyaksikan Spurs tersingkir daripada pertandingan dengan kekalahan 2β1.[56]
Pada 1 Disember 2016, Kane menandatangani kontrak baru bersama Tottenham untuk mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2022.[57] Pada 1 Januari 2017, Kane membuat penampilan keβ100nya di dalam Liga Perdana Inggeris dan menjaringkan dua gol untuk menumpaskan Watford.[58] Di dalam perlawanan pertama selepas kelahiran anak perempuannya, Kane menjaringkan gol hatrik untuk menang 4β0 ke atas West Brom pada 14 Januari.[59] Di dalam pusingan kelima Piala FA pada 19 Februari 2017, Kane menjaringkan kesemua tiga gol untuk membantu Tottenham menewaskan Fulham 3β0. Pada 26 Februari 2017, Kane sekali lagi menjaringkan gol hatrik ketika Tottenham menewaskan Stoke 4β0.[60] Dia dinamakan sebagai Pemain Terbaik Bulanan pada bulan Februari 2017.
Pada 15 April, Kane menjaringkan gol liga keβ20nya pada musim itu ketika menentang Bournemouth. Ini menjadikan dia sebagai pemain keempat di dalam sejarah Liga Perdana Inggeris untuk menjaringkan 20 gol di dalam tiga musim berturut-turut selepas Alan Shearer, Thierry Henry dan Ruud van Nistelrooy.[61]
Pada 20 April, Kane dinamakan di dalam Pasukan Terbaik Tahunan PFA untuk musim ketiga berturut-turut.[62] Dua hari kemudian, dia menjaringkan gol ketika mereka kalah 4-2 kepada Chelsea di dalam perlawanan separuh akhir Piala FA.[63] Di dalam perlawanan terakhir di White Hart Lane pada 14 Mei, Kane menjaringkan gol untuk membantu Tottenham menewaskan Manchester United 2β1.[64] Dengan liga berbaki dua perlawanan, Kane mempunyai 22 gol, dua kurang daripada Romelu Lukaku. Dengan tujuh gol di dalam dua perlawanan terakhir, Kane mengakhiri liga sebagai penjaring terbanyak dengan 29 gol untuk memenangi Kasut Emas keduanya berturut-turut.
Musim 2017β18
[sunting | sunting sumber]Selepas gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan pertama Tottenham, Kane menjaringkan dua gol dalam tiga daripada empat penampilan seterusnya untuk kelab itu dalam semua pertandingan.[65][66][67] Gol pembukaannya ketika menentang Everton pada 9 September merupakan gol ke-100nya untuk kelab itu.[68] Pada 26 September, Kane menjaringkan gol hatrik Liga Juara-Juara UEFA pertamanya ketika kemenangan 3β0 di dalam peringkat kumpulan ke atas APOEL.[69] Kane dianugerahkan Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris buat kali kelima dan menamakan bulan September 2017 di mana dia menjaringkan 13 gol di dalam 10 perlawanan kelab dan antarabangsa sebagai bulan terbaik dalam kerjayanya.[70] Pada 23 Disember, Kane menyamai rekod Alan Shearer sebanyak 36 gol Liga Perdana Inggeris dalam setahun selepas menjaringkan gol hatrik ketika kemenangan 0β3 di tempat lawan menentang Burnley.[71] Dia mengatasi rekod Shearer dalam perlawanan berikutnya menerusi satu lagi hatrik ketika kemenangan 5β2 ke atas Southampton dan menamatkan tahun tersebut dengan 39 gol Liga Perdana Inggeris.[72] Hatrik berikut yang merupakan hatrik keenam peribadi di dalam Liga Perdana Inggeris pada tahun itu (kelapan dalam semua pertandingan) menjadikannya pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris untuk menjaringkan enam hatrik dalam setahun.[73] Dengan sejumlah 56 gol dalam semua pertandingan pada tahun itu, dia menjadi penjaring gol terbanyak Eropah untuk tahun 2017 dan berjaya memecah dominasi selama tujuh tahun oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sebagai penjaring terbanyak Eropah dalam setahun.[74]
Pada bulan Januari 2018, dia menjaringkan dua gol ketika menang 4β0 ke atas Everton dan menjadi penjaring terbanyak Tottenham di dalam era Liga Perdana Inggeris dengan memecahkan rekod Teddy Sheringham iaitu sebanyak 97 gol Liga Perdana Inggeris untuk kelab tersebut.[75] Pada 4 Februari, Kane menjaringkan gol penalti untuk seri 2β2 dengan Liverpool yang merupakan gol Liga Perdana Inggeris ke-100 peribadi.[76] Dia dinamakan di dalam Pasukan Tahunan PFA untuk musim keempat berturut-turut pada bulan April 2018 bersama Mohamed Salah dan Sergio AgΓΌero.[77] Pada 8 Jun, dia menandatangani kontrak baru yang berkekalan sehingga tahun 2024.[78]
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Pada 19 Mac 2015, Kane dinamakan dalam skuad England untuk menentang Lithuania dan Itali.[79] Dia menjaringkan gol dalam penampilan antarabangsa pertamanya di Stadium Wembley menentang Lithuania.[80]
Statistik kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Sehingga akhir musim 2017β18.
| Kelab | Musim | Liga | Piala | Piala liga | Eropah | Lain-lain | Jumlah | ||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Divisyen | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | |||
| Tottenham Hotspur | 2009β10 | Liga Perdana Inggeris | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | β | β | 0 | 0 | |||
| 2011β12 | Liga Perdana Inggeris | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 6 | 1 | β | 6 | 1 | |||
| 2012β13 | Liga Perdana Inggeris | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | β | 1 | 0 | |||
| 2013β14 | Liga Perdana Inggeris | 10 | 3 | 0 | 0 | 2 | 1 | 7 | 0 | β | 19 | 4 | |||
| 2014β15 | Liga Perdana Inggeris | 34 | 21 | 2 | 0 | 6 | 3 | 9 | 7 | β | 51 | 31 | |||
| 2015β16 | Liga Perdana Inggeris | 38 | 25 | 4 | 1 | 1 | 0 | 7 | 2 | β | 50 | 28 | |||
| 2016β17 | Liga Perdana Inggeris | 30 | 29 | 3 | 4 | 0 | 0 | 5 | 2 | β | 38 | 35 | |||
| 2017β18 | Liga Perdana Inggeris | 37 | 30 | 4 | 4 | 0 | 0 | 7 | 7 | β | 48 | 41 | |||
| Jumlah | 150 | 108 | 13 | 9 | 9 | 4 | 41 | 19 | β | 213 | 140 | ||||
| Leyton Orient (pinjam) | 2010β11 | League One | 18 | 5 | 0 | 0 | 0 | 0 | β | 0 | 0 | 18 | 5 | ||
| Millwall (pinjam) | 2011β12 | Championship | 22 | 7 | 5 | 2 | 0 | 0 | β | β | 27 | 9 | |||
| Norwich City (pinjam) | 2012β13 | Liga Perdana Inggeris | 3 | 0 | 1 | 0 | 1 | 0 | β | β | 5 | 0 | |||
| Leicester City (pinjam) | 2012β13 | Championship | 13 | 2 | 0 | 0 | 0 | 0 | β | 2 | 0 | 15 | 2 | ||
| Jumlah keseluruhan | 206 | 122 | 19 | 11 | 10 | 4 | 41 | 19 | 2 | 0 | 278 | 156 | |||
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 14 Julai 2018
| Pasukan kebangsaan England | ||
|---|---|---|
| Tahun | Kmncln | Gol |
| 2015 | 8 | 3 |
| 2016 | 9 | 2 |
| 2017 | 6 | 7 |
| 2018 | 7 | 7 |
| Jumlah | 30 | 19 |
Gol antarabangsa
[sunting | sunting sumber]| No. | Tarikh | Venue | Kap | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 27 Mac 2015 | Stadium Wembley, London, England | 1 | π Image Lithuania |
Kelayakan UEFA Euro 2016 | ||
| 2 | 5 September 2015 | Stadium San Marino, Serravalle, San Marino | 3 | π Image San Marino |
5β0 | 6β0 | Kelayakan UEFA Euro 2016 |
| 3 | 8 September 2015 | Stadium Wembley, London, England | 4 | π Image Switzerland |
1β0 | 2β0 | Kelayakan UEFA Euro 2016 |
| 4 | 26 Mac 2016 | Olympiastadion, Berlin, Jerman | 9 | π Image Jerman |
1β2 | 3β2 | Persahabatan |
| 5 | 22 Mei 2016 | Stadium Bandaraya Manchester, Manchester, England | 11 | π Image Turki |
1β0 | 2β1 | Persahabatan |
| 6 | 10 Jun 2017 | Hampden Park, Glasgow, Scotland | 18 | π Image Scotland |
2β2 | 2β2 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 |
| 7 | 13 Jun 2017 | Stade de France, Saint-Denis, Perancis | 19 | π Image Perancis |
1β0 | 2β3 | Persahabatan |
| 8 | 2β2 | ||||||
| 9 | 1 September 2017 | Stadium Kebangsaan, Ta' Qali, Malta | 20 | π Image Malta |
1β0 | 4β0 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 |
| 10 | 4β0 | ||||||
| 11 | 5 Oktober 2017 | Stadium Wembley, London, England | 22 | π Image Slovenia |
1β0 | 1β0 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 |
| 12 | 8 Oktober 2017 | Stadium LFF, Vilnius, Lithuania | 23 | π Image Lithuania |
1β0 | 1β0 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 |
| 13 | 2 Jun 2018 | Stadium Wembley, London, England | 24 | π Image Nigeria |
2β0 | 2β1 | Persahabatan |
| 14 | 18 Jun 2018 | Volgograd Arena, Volgograd, Rusia | 25 | π Image Tunisia |
1β0 | 2β1 | Piala Dunia FIFA 2018 |
| 15 | 2β1 | ||||||
| 16 | 24 Jun 2018 | Stadium Nizhny Novgorod, Nizhny Novgorod, Rusia | 26 | π Image Panama |
2β0 | 6β1 | |
| 17 | 5β0 | ||||||
| 18 | 6β0 | ||||||
| 19 | 3 Julai 2018 | Otkritie Arena, Moscow, Rusia | 27 | π Image Colombia |
1β0 | 1β1 (smt), 4β3 (pen.) |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "FIFA U-20 World Cup Turkey 2013 β List of Players" (PDF). FΓ©dΓ©ration Internationale de Football Association (FIFA). m/s. 8. Dicapai pada 26 July 2013.
- ^ "Player profile". Tottenham Hotspur. Dicapai pada 9 January 2015.
- ^ "Leyton Orient sign Harry Kane & Andrew Whing". BBC Sport. 7 Januari 2011.
- ^ "Rochdale 1-1 Leyton Orient" (dalam bahasa Inggeris). 2011-01-15. Dicapai pada 2025-05-11.
- ^ "Four-star Orient stun Owls". Sky Sports. Dicapai pada 18 Ogos 2015.
- ^ "Leyton Orient 4β1 Bristol Rovers". BBC Sport. 12 Februari 2011.
- ^ Higginson, Marc (15 Ogos 2011). "Shamrock Rovers 0β4 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 11 Januari 2015.
- ^ "Millwall agree loans for Tottenham's Ryan Mason and Harry Kane". BBC Sport. 29 Disember 2011. Dicapai pada 11 Januari 2015.
- ^ "KENNY Jackett has revealed that he has handed Millwall's Young Player of the Year award to Tottenham loanee Harry Kane". News at Den. Dicapai pada 21 Mac 2015.
- ^ "Southend United finished pre-season with an embarrassing 6β0 defeat to a Tottenham Hotspur XI at Roots Hall on Friday night". Southend United. 10 Ogos 2012. Dicapai pada 23 Oktober 2014.
- ^ "Losing start for Villas-Boas". Sky Sports. 18 Ogos 2012. Dicapai pada 24 Oktober 2014.
- ^ Smallwood, Jimmy (15 September 2012). "Norwich 0 β 0 West Ham". BBC Sport. Dicapai pada 24 Oktober 2014.
- ^ "Canaries suffer Kane blow". The Sun. 27 September 2012. Dicapai pada 24 Oktober 2014.
- ^ "Tottenham recall striker Harry Kane from Norwich". The Independent. 1 Februari 2013. Dicapai pada 24 Oktober 2014.
- ^ "Harry Kane: Leicester City sign Tottenham striker". BBC Sport. BBC. 21 Februari 2013. Dicapai pada 12 Mei 2013.
- ^ Self, Janine (26 Februari 2013). "Leicester 3 Blackburn 0: Wood turns a slump into a bump with a little help from Kane and King". Daily Mail. Dicapai pada 24 Oktober 2014.
- ^ Sanghera, Mandeep. "Watford 3β1 Leicester (agg 3 β 2)". BBC. Dicapai pada 21 Mac 2015.
- ^ a b "Tottenham 2-2 Hull (8-7 on pens)". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 2013-10-28. Dicapai pada 2025-05-11.
- ^ Chowdhury, Saj (7 April 2014). "Tottenham 5β1 Sunderland". BBC Sport. Dicapai pada 2025-05-11.
- ^ Cryer, Andy (12 April 2014). "West Bromwich Albion 3β3 Tottenham Hotspur". BBC Sport. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ Sanghera, Mandeep (19 April 2014). "Tottenham Hotspur 3β1 Fulham". BBC Sport. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ Rose, Gary (16 Ogos 2014). "West Ham 0β1 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 16 Ogos 2014.
- ^ Jurejko, Jonathan (28 Ogos 2014). "Tottenham 3β0 AEL Limassol (agg 5β1)". BBC Sport. Dicapai pada 23 Oktober 2014.
- ^ "Tottenham Hotspur 3β1 Nottingham Forest". BBC Sport. 24 September 2014. Dicapai pada 23 Oktober 2014.
- ^ Canavan, Steve (23 Oktober 2014). "Tottenham Hotspur 5β1 Asteras Tripolis". BBC Sport. Dicapai pada 23 Oktober 2014.
- ^ a b Andy Cryer (23 November 2014). "BBC Sport β Hull City 1β2 Tottenham Hotspur". BBC Sport. Dicapai pada 2025-05-11.
- ^ Shemilt, Stephan (1 Januari 2015). "Tottenham 5β3 Chelsea". BBC Sport. Dicapai pada 2 Januari 2015.
- ^ Oscroft, Tim (31 Januari 2015). "West Brom 0β3 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 31 Januari 2015.
- ^ Rostance, Tom (28 Januari 2015). "Sheff Utd 2β2 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 2 Februari 2015.
- ^ "Kane and Koeman claim Barclays monthly awards". premierleague.com. 13 Februari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-15. Dicapai pada 13 Februari 2015.
- ^ "Harry Kane signs new five-year deal with Tottenham". BBC Sport. 2 Februari 2015. Dicapai pada 2 Februari 2015.
- ^ Dawkes, Phil (7 Februari 2015). "Tottenham 2β1 Arsenal". BBC Sport. Dicapai pada 7 Februari 2015.
- ^ "Kane and Pulis claim Barclays monthly awards". premierleague.com. 13 Mac 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-13. Dicapai pada 13 Mac 2015.
- ^ Sanghera, Mandeep (21 Mac 2015). "Tottenham 4β3 Leicester". BBC Sport. Dicapai pada 21 Mac 2015.
- ^ Jolly, Richard (2015-04-05). "Battling Burnley blunt Tottenham's edge to deny captain Harry Kane". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2025-05-11.
- ^ "Newcastle 1 Tottenham 3, match report: Harry Kane takes goal tally to 30 for the season". The Telegraph. 19 April 2015.
- ^ "PFA Team of the Year: Chelsea have six players selected". BBC Sport. 26 April 2015. Dicapai pada 26 April 2015.
- ^ "Tottenham striker Harry Kane named PFA Young Player of the Year". Goal.com. 26 April 2015. Dicapai pada 26 April 2015.
- ^ Magowan, Alistair (24 Mei 2015). "Everton 0-1 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 24 Mei 2015.
- ^ Sanghera, Mandeep (26 September 2015). "Tottenham 4β1 Man City". BBC Sport. Dicapai pada 26 September 2015.
- ^ Dawkes, Phil (4 Oktober 2015). "Swansea 2β2 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 4 Oktober 2015.
- ^ "Bournemouth 1β5 Tottenham". BBC Sport. 25 Oktober 2015. Dicapai pada 25 Oktober 2015.
- ^ "Tottenham 3β1 Aston Villa". BBC Sport. 2 November 2015. Dicapai pada 2 November 2015.
- ^ Higginson, Marc (8 November 2015). "Arsenal 1β1 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 8 November 2015.
- ^ Chowdhury, Saj (26 November 2015). "FK Qarabag 0β1 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 26 November 2015.
- ^ Dawkes, Phil (19 Disember 2015). "Southampton 0β2 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 19 Disember 2015.
- ^ Oscroft, Tim (26 Disember 2015). "Tottenham 3β0 Norwich". Dicapai pada 26 Disember 2015.
- ^ "Tottenham 2β2 Leicester". BBC Sport. 10 Januari 2016. Dicapai pada 11 Januari 2016.
- ^ "Harry Kane joins elite group of Premier League goalscorers". Sky Sports. 4 April 2016. Dicapai pada 4 April 2016.
- ^ "Tottenham's Harry Kane clinches Premier League Golden Boot". Sky Sports. 15 Mei 2016.
- ^ "Harry Kane shows promising signs in a new role as Tottenham edge past Crystal Palace". The Daily Telegraph. London. 21 Ogos 2016.
- ^ "Stoke City 0β4 Tottenham Hotspur". BBC Sport. 10 September 2016.
- ^ Flanagan, Chris (14 September 2017). "Why Harry Kane's Dortmund brace could be a genuine watershed moment". FourFourTwo. Dicapai pada 6 Oktober 2017.
That was 12 months ago. Then, Kane was making his Champions League debut as Spurs lost at home to Monaco. The group stage would end with shock elimination, and no headline moment from their dependable striker.
- ^ "Harry Kane: Tottenham give no time frame over striker's ankle injury". BBC Sport. 20 September 2016.
- ^ Taylor, Daniel (6 November 2016). "Harry Kane spot-on to claim draw for Tottenham at Arsenal on return". The Guardian. London.
- ^ "Monaco 2 Tottenham 1: Spurs out of Champions League as superb Hugo Lloris let down badly by team-mates". The Daily Telegraph. London. 22 November 2016.
- ^ "New deal for Kane". Tottenham Hotspur F.C. 1 Disember 2016. Dicapai pada 1 Disember 2016.
- ^ "Who scored the first Premier League goal of 2017? The answer is Harry Kane!". Hertfordshire Mercury. Hertford. 1 Januari 2017.[pautan mati kekal]
- ^ "Tottenham Hotspur 4-0 West Bromwich Albion". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 2017-01-12. Dicapai pada 2025-05-11.
- ^ "Tottenham Hotspur 4β0 Stoke City". BBC Sport. 26 Februari 2017.
- ^ "Harry Kane becomes just the fourth player in Premier League history to score 20+ goals in three consecutive seasons". Metro. 15 April 2017.
- ^ "PFA teams of the year: Chelsea and Tottenham dominate Premier League XI". BBC Sport. 20 April 2017. Dicapai pada 16 Disember 2017.
- ^ "Chelsea 4β2 Tottenham". BBC Sport. 22 April 2017.
- ^ Chapman, Caroline (14 Mei 2017). "Tottenham Hotspur 2β1 Manchester United". BBC Sport.
- ^ "Everton 0β3 Tottenham". BBC Sport. 9 September 2017.
- ^ Ronay, Barney (14 September 2017). "Harry Kane's masterclass of craft and energy drags Tottenham to victory". The Guardian. London. Dicapai pada 2 Februari 2018.
- ^ Law, Matt (23 September 2017). "West Ham 2 Tottenham 3: Harry Kane wins battle of the strikers as Mauricio Pochettino declares 'I am in love with him'". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 2 Februari 2018.
- ^ "Kane reaches 100 Spurs goals β in 12 games fewer than Henry for Arsenal". FourFourTwo. 9 September 2017. Dicapai pada 2 Februari 2018.
- ^ Hytner, David (26 September 2017). "Harry Kane's slick hat-trick smooths Tottenham's path past Apoel Nicosia". The Guardian. London. Dicapai pada 26 September 2017.
- ^ Rosser, Jack (14 Oktober 2017). "Harry Kane hails September as his best ever month after Premier League award". London Evening Standard. Dicapai pada 14 Oktober 2017.
- ^ "Kane scores hat-trick as Spurs win at Burnley". BBC Sport. 23 Disember 2017. Dicapai pada 23 Disember 2017.
- ^ Smith, Peter (26 Disember 2017). "Harry Kane's record breaking 2017: The stats you need to know about the Tottenham star's year". Sky Sports. Dicapai pada 2 Februari 2018.
- ^ Chapman, Caroline (26 Disember 2017). "Tottenham Hotspur 5β2 Southampton". BBC Sport. Dicapai pada 2 Februari 2018.
- ^ Young, Alex (26 Disember 2017). "Tottenham's Harry Kane the first player to score more goals than Lionel Messi or Cristiano Ronaldo in nearly a decade". London Evening Standard. Dicapai pada 26 Disember 2017.
- ^ Steinberg, Jacob (13 Januari 2018). "Tottenham outclass uninspired Everton as Harry Kane reaches new milestone". The Observer. London. Dicapai pada 2 Februari 2018.
- ^ Dutton, Tom (10 Februari 2018). "Tottenham star Harry Kane to wear special boots against Arsenal to mark 100 Premier League goals". London Evening Standard. Dicapai pada 19 Jun 2018.
- ^ "Manchester City players dominate PFA team of the year". BBC Sport. 18 April 2018. Dicapai pada 5 Mei 2018.
- ^ "Harry Kane: Tottenham striker signs new contract until 2024". BBC Sport. 8 Jun 2018. Dicapai pada 8 Jun 2018.
- ^ Bradbury, Jamie (19 Mac 2015). "Harry Kane earns first call-up to England senior squad". The FA. Dicapai pada 19 Mac 2015.
- ^ McNulty, Phil (28 Mac 2015). "England 4β0 Lithuania". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. Dicapai pada 29 Mac 2015.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| π Image |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Harry Kane |
- Profil Harry Kane di laman web Tottenham Hotspur F.C.
- Profil Harry Kane Diarkibkan 2016-03-16 di Wayback Machine di laman web Persatuan Bola Sepak England
- Laman web Soccerbase: Harry Kane
- Kelahiran 1993
- Orang hidup
- Penyerang (bola sepak)
- Pemain bola sepak Inggeris
- Pemain Leicester City F.C.
- Pemain Leyton Orient F.C.
- Pemain Millwall F.C.
- Pemain Norwich City F.C.
- Pemain Liga Perdana Inggeris
- Pemain Liga Bola Sepak Inggeris
- Pemain Tottenham Hotspur F.C.
- Pemain FC Bayern Munich
- Pemain UEFA Euro 2016
- Pemain Piala Dunia FIFA 2018
- Pemain UEFA Euro 2020
- Pemain Piala Dunia FIFA 2022
- Pemain UEFA Euro 2024
