Istilah Melayu boleh membawa maksud dan pengertian yang berbeza iaitu:
- Orang Melayu, iaitu sebutan daripada kumpulan etnik-etnik daripada rumpun Melayu, meliputi:
- Orang Melayu Brunei, kumpulan etnik di Brunei
- Orang Melayu Indonesia, kumpulan etnik di Indonesia
- Orang Melayu Malaysia, kumpulan etnik di Malaysia
- Orang Melayu Sri Lanka, kumpulan etnik di Sri Lanka.
- Orang Melayu Singapura, kumpulan etnik di Singapura.
- Orang Melayu Cape, kumpulan etnik di Afrika Selatan
- Orang Melayu Thai, kumpulan etnik di Thailand.
- Orang Melayu Cocos, kumpulan etnik di Kepulauan Cocos (Keeling), Australia.
- Geografi
- Alam Melayu, ialah istilah lazim merujuk kepada Asia Tenggara Maritim.
- Kepulauan Melayu, ialah kepulauan yang terletak di antara Indo-China dan Australia.
- Semenanjung Melayu, merujuk kepada tempat yang didiami oleh sebahagian daripada masyarakat etnik Melayu, di daerah Asia Tenggara.
- Politik
- Tanah Melayu atau Malaya, kawasan semenanjung Melayu yang pernah dijajah dan dinaungi British zaman penjajahan sebagai Tanah Melayu British, yang kemudiannya menjadi Persekutuan Tanah Melayu.
- Kerajaan Melayu, adalah sebuah kerajaan Melayu Buddha yang berpusat di Sumatera dan terletak di kawasan Asia Tenggara.
- Ketuanan Melayu, satu ideologi politik yang diamalkan di Malaysia dan Brunei, namun tidak digunakan di Indonesia dan Singapura.
👁 Ikon nyahkekaburan
Laman nyahkekaburan ini mengandungi rencana-rencana yang mempunyai tajuk Melayu.
Jika pautan dalaman melencongkan anda di sini, anda boleh memperbaiki pautan tersebut supaya terus menuju ke rencana yang diinginkan.
Jika pautan dalaman melencongkan anda di sini, anda boleh memperbaiki pautan tersebut supaya terus menuju ke rencana yang diinginkan.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Melayu&oldid=6814694"
