VOOZH about

URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Mubah

โ‡ฑ Mubah - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


Pergi ke kandungan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.
Cari sumber: "Mubah" โ€“ berita ยท akhbar ยท buku ยท sarjana ยท JSTOR
(Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Sebahagian daripada siri berkaitan Islam
Hukum dalam Islam
Hukum asas
Lain-lain


Mubah atau harus adalah salah satu daripada hukum Islam.

Mubah adalah perkara yang tiada dosa jika ditinggalkan dan tiada pahala jika dilakukan. Seperti: Makan, minum, bersiar-siar dan sebagainya.

Namun perkara-perkara mubah juga boleh menjadi sunat dan mendapat ganjaran pahala sekiranya perkara-perkara mubah itu diniatkan dan disempurnakan dengan baik kerana Allah Taala. Misalnya, seseorang yang membaca doa sebelum dan sesudah makan dan minum serta berniat untuk mengharapkan makanan yang dimakannya itu dapat memberi faedah kepadanya dan memakan dengan cermat dan tidak bergopoh-gapah sudah tentu orang itu mendapat pahala sunat kerana berdoa adalah perkara sunat dan memakan dengan baik adalah cara makan Rasulullah.

Perkara Mubah juga boleh menjadi haram atau makruh sekiranya melakukan tanpa etika sebagai seorang Islam yang baik misalnya, orang Islam yang memakan atau minum secara berlebih-lebihan serta gelojoh adalah perbuatan yang tidak baik serta boleh jatuh haram sekiranya makan dengan makanan dari sumber yang haram ataupun makan sehingga boleh membahayakan kesihatan dirinya.