|
| ||
| Nama | ||
|---|---|---|
| Nama IUPAC
Sulfate
| ||
| Pengecam | ||
Imej model 3D Jmol
|
||
| ChEBI | ||
| ChemSpider | ||
| ECHA InfoCard | 100.108.048 | |
| Nombor EC |
| |
PubChem CID
|
||
CompTox Dashboard (EPA)
|
||
| ||
| ||
| Sifat | ||
| SO2โ 4 | ||
| Jisim molar | 96.06 gยทmolโ1 | |
| Asid konjugat | Hydrogen sulfate | |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 ยฐC [77 ยฐF], 100 kPa). | ||
| Rujukan kotak info | ||
Dalam kimia tak organik, sesuatu sulfat (IUPAC bahasa Inggeris: sulfate atau sulphate) merupakan sejenis garam daripada asid sulfurik.
Ciri kimia
[sunting | sunting sumber]Ion sulfat merupakan sejenis anion poliatom dengan formula empirik SO42- dengan jisim molekul 96.06 unit jisim atom; ia terdiri daripada atom pusat sulfur dikelilingi oleh empat atom oksigen dalam susunan tetrahidron. Ion silfate membawa cas dua negatif dan merupakan bes konjugat ion hidrogen sulfat (juga bisulfat), HSO4-, iaitu bes konjugat asid sulfurik, H2SO4. Terdapat sulfat organik seperti dimetil sulfat yang merupakan sebatian kovalen dengan formula (CH3O)2SO2, dan merupakan ester asid sulfurik.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan sulfat sangat larut dalam air. Kekecualian termasuklah kalsium sulfat, strontium sulfat dan barium sulfat, yang tak larat. Barium sulfat sangant berguna dalam analisis gravimetri sulfat: penambahan barium klorida kepada sesuatu larutan yang mengandungi ion sulfat. Kelihatan mendakan putih, iaitu barium sulfat menunjukkan kehadiran anion sulfat.
Ion sulfat boleh menjadi satu ligan menghubungkan mana-mana satu dengan oksigen (monodentat) atau dua oksigen sebagai kelat atau jambatan. Contoh ialah molekul logam neutral kompleks PtSO4P(C6H5)32, di mana ion sulfat berperanan sebagai ligan bidentat. Ikatan oksigen-logam dalam molekul sulfat kompleks mempunyai ciri kovalen ternyata.
Kesan terhadap alam sekitar
[sunting | sunting sumber]Sulfat wujud sebagai zarah mikroskop (aerosol) hasil daripada pembakaran bahan api fosil dan biojisim. Mereka menambah lagi keasidan atmosfera dan mengakibatkan hujan asid.
