VOOZH about

URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Kedah

⇱ Sultan Kedah - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


Pergi ke kandungan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Kedah
سلطان قدح
Wilayah/Negeri
👁 Image
Penjawat kini
👁 Image
Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah
sejak 12 September 2017
pertabalan 22 Oktober 2018
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaTunku Sarafudin Badlishah
Raja Muda Kedah
Penyandang pertama
Pembentukan1136; 890 tahun yang lalu (1136)
PersemayamanIstana Anak Bukit, Alor Setar
Laman sesawangwww.kedah.gov.my/kesultanan-kedah/

Sultan Kedah ialah gelaran bagi pemerintah tertinggi dan raja berperlembagaan bagi negeri Kedah, Malaysia. Jawatan yang diwarisi secara turun-temurun ini telah wujud sejak tahun 1136 setelah pengislaman Sultan Muzaffar Shah yang sebelumnya dikenali sebagai Maharaja Derbar Raja II atau Phra Ong Mahawangsa.

Gelaran rasmi bagi Sultan Kedah ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Kedah Darul Aman.

Kerajaan Kedah awal

[sunting | sunting sumber]

Menjelang sekitar tahun 788 SM, sebuah kerajaan sistematik bagi penempatan besar penduduk asli Melayu Kedah telah ditubuhkan di sekitar tebing utara Sungai Merbok. Wilayah ini pada ketika itu meliputi kawasan Lembah Bujang yang luas, meliputi cabang Sungai Merbok dan Sungai Muda di kawasan seluas kira-kira 1000 batu persegi. Ibu kota penempatan itu dibina di muara cabang Sungai Merbok, yang kini dikenali sebagai Sungai Batu.[1]

Raja dari Gomroon

[sunting | sunting sumber]

Menurut Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, yang ditulis oleh Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arshad pada tahun 1928, pada sekitar 630 M, Maharaja Derbar Raja dari Gombroon (kini dikenali sebagai Bandar Abbas) di Parsi telah dikalahkan dalam pertempuran dan melarikan diri ke Sri Lanka, dan kemudiannya diterbangkan oleh ribut ke pantai terpencil di Kuala Sungai Qilah, Kedah. Penduduk Kedah menganggapnya sebagai seorang yang gagah berani dan bijak lalu melantiknya sebagai Raja Kedah. Pada tahun 634 M, sebuah kerajaan baharu telah dibentuk di Kedah yang terdiri daripada kerabat diraja Parsi dan penduduk asli Melayu yang beragama Hindu, di mana ibu kotanya terletak di Langkasuka.[2]

Pengislaman Pemerintah Kedah

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa, Kesultanan Kedah telah terbentuk apabila Raja Phra Ong Mahawangsa memeluk agama Islam dan menerima pakai nama Sultan Muzaffar Shah. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah menyatakan kemasukan Islam ke Kedah bermula pada tahun 1136 M.

Walau bagaimanapun, sejarawan Richard Winstedt, yang memetik catatan orang Aceh, menyatakan tahun 1474 sebagai tahun pemelukan Islam oleh pemerintah Kedah. Tarikh ini selaras dengan catatan dalam Sulalatus Salatin, yang menggambarkan seorang raja Kedah melawat Melaka semasa pemerintahan sultan terakhirnya untuk mendapatkan penghormatan diraja yang menandakan kedaulatan pemerintah Melayu Islam. Permintaan Kedah itu adalah sebagai tindak balas untuk menjadi wilayah naungan Melaka, mungkin disebabkan oleh kebimbangan terhadap pencerobohan Ayutthaya.[3]

Senarai pemerintah Kedah

[sunting | sunting sumber]

Senarai raja dan Sultan Kedah ini merujuk kepada Hikayat Merong Mahawangsa yang menceritakan tentang awal pemerintahan Kedah, dan salasilah yang telah dikumpulkan pada tahun 1920 dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah.

Era Hindu

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai pemerintah kerajaan Kedah sebelum kedatangan Islam. Setiap seorang menggunakan gelaran Hindu, Sri Paduka Maharaja. Tarikh sebenar pemerintahan setiap raja tidak diketahui.

Bil Nama
1 Maharaja Derbar Raja I
2 Maharaja Diraja Putra
3 Maharaja Maha Dewa I
4 Maharaja Karna Diraja
5 Maharaja Karma
6 Maharaja Maha Dewa II
7 Maharaja Darma Raja
8 Seri Paduka Maha Jiwa

Era Islam

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai nama pemerintah Kedah selepas kedatangan Islam.[4]

Bil Nama Pemerintahan
1 Sultan Muzaffar Shah I 1136 - 1179
2 Sultan Mu'adzam Shah 1179 - 1201
3 Sultan Muhammad Shah 1201 - 1236
4 Sultan Muzzil Shah 1236 - 1280
5 Sultan Mahmud Shah I 1280 - 1321
6 Sultan Ibrahim Shah 1321 - 1373
7 Sultan Sulaiman Shah I 1373 - 1422
8 Sultan Ataullah Muhammad Shah I 1422 - 1472
9 Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Shah I 1472 - 1506
10 Sultan Mahmud Shah II 1506 - 1546
11 Sultan Muzaffar Shah II 1546 - 1602
12 Sultan Sulaiman Shah II 1602 - 1625
13 Sultan Rijaluddin Muhammad Shah 1625 - 1651
14 Sultan Muhyiddin Mansur Shah 1651 - 1661
15 Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I 1661 - 1687
16 Sultan Ataullah Muhammad Shah II 1687 - 1698
17 Sultan Abdullah Mu'adzam Shah 1698 - 1706
18 Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I 1706 - 1709
19 Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Shah II 1710 - 1778
20 Sultan Abdullah Mukarram Shah 1778 - 1797
21 Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II 17971803
22 Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II 1803 - 1843
23 Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I 1843 - 1854
24 Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah 1854 - 1879
25 Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II 1879- 1881
26 Sultan Abdul Hamid Halim Shah 1881 - 1943
27 Sultan Badlishah 1943 - 1958
28 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah 1958 - 2017
29 Sultan Sallehuddin 2017 - kini
  1. ^ "Sg Batu to be developed into archaeological hub". The Star. 3 Oktober 2020. Dicapai pada 8 November 2020.
  2. ^ Ḥusain, Muẓaffar; Akhtar, Syed Saud; Usmani, B. D. (2011-09-14). A concise history of Islam. New Delhi: Vij Books India. m/s. 308. ISBN 9789382573470. OCLC 868069299.
  3. ^ Winstedt, Richard (Disember 1936). "Notes on the History of Kedah". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 14 (3 (126)): 155–189. JSTOR 41559857.
  4. ^ "Salasilah Duli-Duli Yang Maha Mulia". Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-02. Dicapai pada 2010-09-05.